Thursday 23 June 2011

Sejarah SMVPC


Sekolah ini dibuka pada tahun 1961 dengan nama Sekolah Lanjutan Kampong Chenor. Penubuhan sekolah ini adalah selaras dengan cadangan 2 dan 3 dalam Laporan Rahman Talib (1961) iaitu cadangan ke-2 berbunyi " Untuk menampung semua murid sekolah rendah naik ke sekolah menengah", maka sekolah lanjutan ditubuhkan.Sekolah jenis ini akan menawarkan khusus vokasional selama 3 tahun iaitu murid-murid yang gagal memasuki sekolah akedemik dapat dilatih untuk memperolehi kemahiran-kemahiran dalam bidang pekerjaan.Cadangan ke-3 berbunyi " untuk mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah pelajaran lanjutan ini, guru-guru akan dilatih separuh masa selama 3 tahun.Guru-guru ini akan menghadiri latihan dalam bidang vokasional di pusat-pusat latihan yang berhampiran pada setiap hujung minggu sambil menjalankan tugas di sekolah mereka.

Sekolah Pelajaran Lanjutan telah dibubarkan disebabkan tiada sambutan daripada orang ramai kerana sekolah ini tidak menyediakan peperiksaan yang diiktiraf oleh kerajaan dan menghadapi masalah kekurangan guru-guru teriatih dan mahir. Mulai tahun 1970, Sekolah Pelajaran Lanjutan telah menjadi Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang.


Penubuhan Sekolah Menengan Vokasional adalah selaras dengan dasar kerajaan yang melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan bagi sekolahsekolah menengah rendah mulai tahun 1965 di bawah Sijil Rendah Pelajaran. Selepas itu muridmurud akan meneruskan pelajaran di sekolah menengah atas sama ada akademik atau vokasional.

Kemasukan pelajar pertama ke Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor pada tahun 1970 ialah seramai 55 orang dengan tenaga pengajar seramai 4 orang. Mereka dianggap sebagai kumpulan perintis dan terpaksa menghadapi masalah dalam keadaan serba kekurangan.

Matapelajaran akademik yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris,ilmu Hisab (Vokasional), Sains Am, Pengetahuan Agama Islam, dan Kajian Kemasyarakatan. Manakala, matapelajaran pertanian pula ialah Pengurusan Ladang, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Kultura Kebunan, Pengurusan Tanaman, Kejenteraan Ladang dan Kaji Teknik Makanan. Semua pelajar dikehendaki mengambil semua matapelajaran di atas selama 2 tahun. Pengajaran teori disampaikan secara formal di bilik darjah pada waktu pagi manakala pengajaran amaii pula dijalankan di ladang dan bengkel pada waktu petang, hujung miggu dan hari kelepasan am.

Pada tahun l989, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional telah diperkenalkan iatu mata pelajaran akademik adalah mata pelajaran yang sama seperti dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran pertanian pula disusun semula menjadi kumpulan utama dan elektif. Pelajar diwajibkan mengambil matapeljaran Pengeluaran tanaman Dan Pengeluaran Ternakan serta manamana satu daripada matapelajaran Horlikultur, Hiasan dan Lanskap, kejenteraan Ladang atau Pengurusan Ladang.

Pada Tahun 1999, Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor (SMVPC) telah dinaikkan taraf ke Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan 2 aliran iaitu aliran vokasional dan aliran teknikal.Aliran teknikal menawarkan khusus Kejuruteraan Jentera dengan pelajar seramai 17 orang termasuk seorang sahaja pelajar perempuan. Mata pelajaran elektif yang perlu diambil oleh pelajar kejuruteraan jentera ialah Matematik Tambahan,Fizik Kimia, Lukisan Kejuruteraan dan Pengajian kejuruteraan jentera.

Pada tahun berikutnya, aliran teknikal telah mengalami pertambahan pelajar kepada 34 orang. Manakala, pada tahun 2OO2 ,jurusan di dalam aliran teknikal yang ditawarkan telah bertambah iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan ELektrik dan Agroteknologi yang merangkumi 9 aliran teknikal dan 7 kelas aliran vokasional.

Selaras dengan perkembangan ini, sekolah telah berubah wajah dengan mula terbinanya kemudahan insfrastruktur seperti asrama, bangunan, makmal sains, makmal kejuruteraan, dewan dan lain-lain lagi bagi menggantikan kebun-kebun tanaman dan kandang haiwan ternakan.

Pada tanggal 28 ogos 2002, Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor telah mempunyai lagu sekolah yang mula dinyanyikan secara rasmi sempena Hari Titisan Sejarah. Lagu sekolah ini adalah hasil ciptaan dan liriknya ditulis oleh pelajar sekolah ini iaitu saudari Nurulhaida bt. Abdul Manaf dari kelas 4. Pengajian Kejuruteraan Awam .