Friday 23 November 2012

...CORETAN BUAT TEMAN...."Aku Datang Padamu..."

TEMAN..."Aku Datang Padamu.."

Terkadang hidup ini tidak seindah yang kita bayangkan. Meski pun saya menumpahkan ratusan amunisi tulisan bahawa hidup ini sederhana dan indah, sejatinya hidup ini kadang-kala berubah menyakitkan dan menimbulkan kebencian. Ada harapan yang tidak tercapai, ada proses kehilangan, ada musnahnya mimpi-mimpi terkena penzaliman, kesalahan melakukan sesuatu, dan sebagainya.

Maka berkumpulah kita, saling jalin-menjalin seperti sarang labah-labah, segenap perasaan buruk itu. Rasa sedih. Rasa marah. Rasa kecewa. Rasa sesal. Dan rasa sebagainya... Tetapi sungguh, jika kita sedang mengalaminya saat itu, ingatlah nasihat lama. Jangan lupa diri... Jangan sekali-kali.

TEMAN.."Aku Datang Padamu.."

Jangan pernah menjatuhkan harga diri begitu rendahnya saat sedih, sesak, kebencian sedang mengongkong kepala. Kegagalan sesuatu, bercerai, atau apa saja tidak pernah menjadi alasan untuk melakukannya...

Jangan pernah menghambur emosi, murka begitu berlebihan saat rasa sabar sedang hilang, marah sedang datang apalagi sampai menyalahkan orang lain, 'membakar' semuanya... itu tidak pernah akan menyelesaikan masalah.. kita sebenarnya satu daerah yang sama....

Untuk mu TEMAN.."Aku Datang Padamu....."

Wassalam..

Friday 2 November 2012

RENCANA ALUMNI UPM : Oh..ALUMNI V-TECH..!

Semasa menghadiri Syarahan Perdana Yayasan Pak Rashid anjuran Pusat Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM yang di sampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Arshad bin Ayob, seorang sahabat telah memberi komen yang menarik mengenai kehadiran peserta. Dewan Auditorum Fakulti Kejuruteraan Pertanian tidak penuh. Mengapa tidak penuh ??? dan mengapa yang hadir kebanyakan Alumni Pertanian ???, mana perginya ahli Fakulti lain dan Alumni Fakulti lain???.

Empat belas hari kemudian Mesyuarat Agung Persatuan Alumni telah diadakan pada 21 April 2012. Lagi sekali hanya 30 orang Alumni yang hadir kebanyakan mereka lulusan pertanian. Mengapakah Alumni lain tidak hadir???. Adakah mereka tidak ada ingatan dan perasaan  kasih sayang terhadap alma matter mereka sehingga mereka lupa tempat yang pernah mencurahkan ilmu kepada mereka sehingga mereka menjadi insan pandai yang berilmu. Tidakkah boleh mereka berkorban sedikit masa untuk Persatuan Alumni.

Persoalan ini terus bermain dibenak mereka yang perihatin. Mengapa kebanyakan aktiviti Persatuan Alumni disertai hanya sedikit ahli dan kebanyakan mereka adalah dari fakulti pertanian atau lulusan pertanian sama ada dari Kolej Pertanian dan Universiti Pertanian. Dimanakah bekas pelajar fakulti lain yang ada lebih 16 semuanya di UPM yang sekarang telah dikenali sebagai Universiti Putera Malaysia. Berdasarkan rekod bahawa ahli Persatuan Alumni UPM sekarang berjumlah anggaran melebihi 54,000 orang. Bukankah mereka semua ahli persatuan alumni, mengapa mereka tidak aktif didalam persatuan. Jahilkah mereka mengenai alumni atau tidak berminatkah mereka???. 

Satu perkara yang masih bermain difikiran kita semua ialah apa yang diucapkan oleh En Suhaimee Abu Hassan seorang alumni dan usahawan berjaya juga seorang ahli panel forum semasa mesyuarat Agung PAUPM 21 April 2012 yang lalu. Beliau menegur di atas bilangan kecil kehadiran mesyuarat yang kebanyakan mereka adalah dari aliran pertanian. Beliau menyeru supaya alumni keluar dari kepumpung pertanian dan melihat lebih luas lagi. Glamer dan keagungan pertanian sepatutnya dihadkan dan dibatasi. Walaubagaimanapun Persatuan harus menetapkan agenda baru kerana mereka di fakulti lain seperti kejuruteraan, kedoktoran veterinar, sains, ekologi manusia, bahasa moden, reka bentuk dan senibina,  perubatan dan sains kesihatan, computer, alam sekitar, computer, teknologi makanan, ekonomi dan lain-lain apabila lulus dan bergraduate mereka juga adalah alumni. 

Mereka harus ditarik untuk aktif di bersama Persatuan Alumni. Untuk mendapat penyertaan yang menyeluruh Persatuan Alumni perlu mencari jalan untuk mengenengahkan aktiviti yang boleh menarik minat. Untuk tujuan itu antara lainnya Persatuan bolehlah menubuhkan satu badan pemikir yang ahlinya terdiri dari wakil setiap fakulti. Badan pemikir ini boleh mencadangkan aktiviti-aktiviti baru yang boleh menarik minat penyertaan ramai selain mengekalkan aktiviti tradisi yang boleh ditambahbaik.

Akhir sekali hebahan dan publisiti sangat perlu dipertingkatkan supaya pelajar semasa dan orang ramai sedar akan kehadiran Persatuan Alumni dan peranan yang dimainkan untuk faedah dan kebaikan Alumni serta masyarakat. Tidak ada makna jika aktiviti yang hebat dijalankan  jika kebanyakan orang tidak mengetahui dan tidak berserta. Oleh itu Mahasiswa UPM perlu dimaklumkan akan kehadiran Persatuan Alumni pada hari pertama mereka menjejakkan kaki ke kampus lagi.

sumber: Persatuan Alumni, UPM